Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaCeramah Isu Semasa Buka Mata Pengundi
09
June

Ceramah Isu Semasa Buka Mata Pengundi

Written by 
Published in Semasa
SUNGAI BESAR - Calon PAS P093 Sungai Besar Dr Abdul Rani Othman dalam ceramah isu semasa semalam bertempat di hadapan kedai MDSB Parit 13 Sungai Panjang dilihat beramah mesra bersama penduduk setempat yang hadir. Beliau yang terkenal dengan sifat ramah membuatkan kehadiran beliau diraikan dan disenangi oleh masyarakat sekeliling.  Turut bersama dalam ceramah isu semasa tersebut adalah Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. 
 
Ceramah yang berjalan selama dua jam itu telah menampilkan ucapan dari calon PAS P093 Sungai Besar Dr Abdul Rani Othman serta Timbalan Presiden PAS  Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam ucapan calon PAS P093 Sungai Besar itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan memberikan sokongan kepada beliau sepanjang tempoh berkempen.  Calon PAS P093 itu berharap rakyat terus menyokong dan dapat menerima PAS tanpa mengira agama dan bangsa kerana PAS merupakan sebuah parti politik untuk semua.
 
Dalam ucapan Timbalan Presiden PAS  Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, kata beliau “Kita pilih wakil rakyat, wakil rakyat perlu hormat perihal rakyat. Kalau dia ugut rakyat, dia kena ingat bahawa rakyat tidak akan pilih dia lagi”. Tambah beliau, “Kajian yang dibuat mengatakan rakyat sudah muak untuk menonton televisyen kerana terlalu menceritakan kebaikkan kerajaan seolah tidak ada salah manakala pembangkang semuanya tidak betul”
 
Dato’ Tuan Ibrahin Tuan Man mengakhiri ucapan beliau dengan seruan kepada rakyat Sungai Besar  “Jangan timbulkan isu yang menimbulkan polimik dalam masyarakat, jangan mencerca, jangan maki hamun kerana ini bukan akhlak Islam. Parti Islam adalah parti yang dasarnya Islam yang buat benda menepati kehendak syarak”. Majlis yang berakhir hampir pada jam 12 malam itu diakhiri dengan doa yang diketuai oleh Timbalan Presiden PAS.
Read 347 times Last modified on Thursday, 09 June 2016 01:12