Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPasukan medic PAS beri sumbangan ubat dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk Sungai Besar
08
June

Pasukan medic PAS beri sumbangan ubat dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk Sungai Besar

Written by 
Published in Semasa

SUNGAI BESAR - Jentera PAS bagi pilihan raya kecil Sungai Besar meneruskan siri kempen dan ziarah penduduk setempat dengan mengadakan Ziarah Medic bagi membantu penduduk si sini pagi tadi.

 

Program Ziarah medic itu bertujuan menyampaikan bantuan berbentuk ubat-ubatan serta pemeriksaan kesihatan secara percuma.

 

Salah seorang petugas Dr. Muhammad Hanis Abdul Hamid menegaskan aktivit itu adalah untuk memastikan bantuan perubatan dapat disampaikan kepada penduduk kerana ianya melibatkan kos yang tinggi.

 

"Sebahagian penduduk mungkin tidak berkemampuan untuk membuat rawatan, atau tidak sempat ke hospital kerana hal-hal tertentu.

 

"Jadi kita buat program ini untuk sampaikan bantuan terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kita buat rawatan secara percuma, kita bagi sumbangan ubat-ubatan kepada mereka," tambahnya.

 

Penduduk menyambut baik usaha murni PAS itu yang jelas menggambarkan parti itu bersungguh-sungguh dan komited dalam menyelesaikan masalah rakyat.

 

Pada prk Sungai Besar yang akan berlangsung pada 18 Jun depan PAS mengetengahkan Dr. Abdul Rani Osman yang juga merupakan seorang doktor perubatan. Dr. Abdul Rani juga merupakan ADUN Meru.

 

 

 

Read 446 times Last modified on Wednesday, 08 June 2016 15:44