Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaGelombang Hijau Di Hari Penamaan Calon P093 Sungai Besar
05
June

Gelombang Hijau Di Hari Penamaan Calon P093 Sungai Besar

Written by 
Published in Semasa
SUNGAI BESAR: Kawasan sekitar pusat penamaan calon dibanjiri gelombang hijau penyokong PAS  bagi mengiringi calon PAS di kerusi tradisi itu, Dr.Haji Abdul Rani Osman, yang juga merupakan ADUN Meru.
Para penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah berhimpun seawal jam 7.30 pagi sebelum berarak ke Dewan Seri Bernam.
 
Adalah dijangka sekitar 20, 000 orang mengiringi calon PAS.
 
 
 
Turut hadir sama pimpinan-pimpinan tertinggi PAS iaitu Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta Naib Presiden, YB Dato' Iskandar Abdul Samad, Ketua Penerangan Pusat YB Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pengarah Pilihanraya Daruk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung YB Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Parti Ikatan turut diwakili Presidennya Tan Sri Abd Kadir Sheikh Fadzir.
 
 
 
PAS telah mengumumkan bertanding di Sungai Besar selepas penyandang kerusi tersebut Dato' Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak awal Mei lalu.
 
Dengan kehadiran yang luarbiasa besar hari ini serta turunnya jentera kawasan-kawasan seluruh Selangor selain negeri-negeri lain calon PAS dijangka mempunyai harapan cerah merampas kerusi ini.
Read 633 times