Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPenduduk PPR Kampung Baru Hicom gotong-royong bersihkan kawasan kejiranan
21
May

Penduduk PPR Kampung Baru Hicom gotong-royong bersihkan kawasan kejiranan

Written by 
Published in Semasa

Penduduk pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam mengadakan gotong-royong perdana untuk membersihkan kawasan kejiranan daripada sampah sarap dan tempat pembiakan nyamuk aedes.

 

Gotong-royong tersebut dijalankan di kawasan kejiranan yang terdiri daripada tiga buah blok kediaman.

 

Menurut salah seorang pegawai pihabk berkuasa tempatan (BT) PPR Kampung Baru Hicom gotong royong tersebut memfokuskan kepada lapan tumpuan utama termasuklah mencuci longkang yang tersumbat.

 

Aktiviti gotong-royong tersebut berlangsung selepas majlis perasmian Program Insentif Pangsapuri Kos Rendah sempena Kempen Jimat Air Selangor 2016.

 

"Antara tujuan lain kami mengadakan gotong-royong pada hari yang adalah untuk memastikan penduduk di sini cakna dengan kempen jimat air ini dan sama-sama melaksanakan hasrat kerajaan negeri.

 

"Pihak PBT juga akan memikirkan kaedah bersama penduduk di PPR Kampung Baru Hicom untuk sama-sama mencari jalan menjimatkan penggunaan air tersebut," katanya kepada Merah Kuning.

 

PPR Kampung Baru Hicom terdiri daripada tiga blok bangunan dengan 1006 unit dan lebih 2000 orang penduduk.

Read 1461 times Last modified on Saturday, 21 May 2016 19:43