Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaOrang ramai dinasihat elak pembakaran terbuka, jejas kualiti udara
24
April

Orang ramai dinasihat elak pembakaran terbuka, jejas kualiti udara

Written by 
Published in Semasa

Kejadian kebakaran hutan dan pembakaran secara terbuka yang memberi kesan kepada tahap kualiti udara khususnya di zon tengah Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail, berkata jerebu berpunca daripada kebakaran berlaku di dalam negara, bukannya dari Indonesia.

 

Menurut Jabatan Alam Sekitar, kualiti udara merosot di Lembah Klang.

 

Pelabuhan Klang dan Cheras mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

 

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mereka bekerja sepanjang masa sekali gus meletakkan diri mereka dengan risiko berbahaya ketika memadamkan kebakaran yang berpunca daripada pembakaran secara terbuka.

 

Di Selangor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata, penyumbang utama kepada masalah jerebu ketika ini adalah pembakaran hutan rizab di tanah seluas 12 hektar di Tanjung Sepat, Banting untuk aktiviti pertanian nanas secara haram.

 

“Kami terpaksa menggunakan helikopter untuk melepaskan air di kawasan berkenaan. Mereka sangat bijak sekarang, mereka pergi jauh ke dalam hutan dan memulakan aktiviti pertanian.

 

“Ini salah dan mereka menyumbang kepada tahap kualiti udara yang tidak sihat,” katanya dipetik MStar Online.

Sementara itu, jabatan tersebut juga melaporkan pembakaran di tapak pelupusan di sekitar Lembah Klang secara terbuka turut dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

 

Beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan pembakaran secara terbuka dengan menegaskan pembakaran di tapak pelupusan mengundang bahaya kepada anggota bomba yang cuba mengawal kebakaran.

 

Menurut jabatan itu terdapat 23 lagi lokasi panas di kesan di seluruh Semenanjung Malaysia

 

 

 

Read 368 times Last modified on Sunday, 24 April 2016 20:54