Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPolis buru pemandu van langgar lari
01
April

Polis buru pemandu van langgar lari

Written by 
Published in Semasa

Pihak polis sedang giat memburu pemandu atau pemilik sebuah van Mitsubishi Delica berwarna kelabu menggunakan nombor pendaftaran PCB2494 bagi membantu siasatan berhubung kes langgar lari di kilometer 27 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran lampu isyarat Taman Bersatu di sini Selasa lalu.

 

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, seorang lelaku berusia 54 tahun dilanggar dan maut ditempat kejadian akibat cedera parah dan pendarahan dalaman.

Lelaki yang memandu van berkenaan terus melarikan diri selepas beberapa saat melanggar mangsa.

Pihak polis sehubungan itu memerlikan kerjasama orang ramai bagi mengesan pemandu atau pemilik van berkenaan.

"Nombor pendaftaran dan alamat van berkenaan dah tak wujud hasil semakan dibuat.

Katanya, sebarang maklumat boleh dibuat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zharif Zakarian di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, 03-61262222.

 

 

 

Read 352 times Last modified on Friday, 01 April 2016 21:38