Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasa118 Kawasan Hadapi Gangguan Air Esok
28
March

118 Kawasan Hadapi Gangguan Air Esok

Written by 
Published in Semasa

 

 

 

 

Sebanyak 118 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling, Selangor akan mengalami masalah ketiadaan air akibat kerja penggantian perkakasan saluran paip air air bermula jam 6 pagi esok dan berlarutan sehingga 2 pagi pada lusa. Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kawasan terbabit akan mengalami gangguan bekalan air sementara ketika kerja penambahbaikan dijalankan selama 20 jam.


 

Antara kawasan di Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air ialah Kem TUDM Sungai Besi, Jalan Wisma Putra, Jalan Belamy, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL Sentral, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Mid Valley, Taman Bangsar dan Bukit Bandaraya.

Manakala di Petaling, Selangor pula membabitkan keseluruhan Kampung Kerinchi, Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Taman Danau Desa, Petaling Height, Bandar Baru Bukit Jalil, Bandar Baru Sri Petaling, Kampung Limau, Bandar Tasek Selatan, Pekan Sungai Besi, Jalan Kuchai Lama dan Kampung Baru Salak Selatan.

"Pemulihan bekalan air akan mengambil masa antara lapan hingga 72 jam bergantung pada jarak kawasan dengan kolam takungan air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi mySYABAS atau layari laman web www.syabas.com.my atau ikuti perkembangan di Facebook dan Twitter SYABAS. 

 

 

 

 

Read 223 times Last modified on Tuesday, 29 March 2016 19:27