Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaSingkirkan Najib, guna saluran pilihan raya: Ikatan
20
March

Singkirkan Najib, guna saluran pilihan raya: Ikatan

Written by 
Published in Semasa

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) berkata tindakan untuk menyingkiran perdana menteri sepatutnya dibuat pada waktu pilihan raya.

 

Kenyataan yang dikeluarkan presiden parti itu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dilihat senada dengan cadangan rakan sekutunya dalam blok ketiga pembangkang, PAS.

 

"Kita kena tunggu pilihan raya akan datanglah untuk serah balik mandat pilih kerajaan dan lepas itu parti yang mempunyai banyak sekali ahli parlimen akan menentukan pula siapa yang akan jadi PM," katanya dipetik daripada satu wawancara bersama Mingguan Malaysia, hari ini.

 

Walaupun Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga daripada pilihan raya umum lepas, namun gabungan tersebut tetap mewakili majoriti rakyat di Malaysia.

 

"Siapa pula menjadi ketua BN? 14 parti politik dalam BN mahu Datuk Seri Najib Tun Razak jadi ketua di parlimen, malah dalam Umno pula hampir 95 peratus daripada ketua bahagian sokong beliau.

 

"Jadi siapalah kita untuk menidakkan hak rakyat," katanya.

 

Sementara itu ketika ditanya mengenai pendirian IKATAN terhadap Deklarasi Rakyat yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad, Kadir berkata beliau merasa sedih tetapi dapat memahami tindakan bekas perdana menteri itu.

 

"Saya kasih kepada Tun Mahathir dia memang manusia luar biasa, jasa beliau kepada negara juga luar biasa tetapi waktu dia jadi perdana menteri pun ada juga 10 hingga 20 peratus cara dia saya tidak bersetuju, tetapi saya ikut sahajalah sebab dia perdana menteri dan 70 hingga 80 peratus lain itu saya setuju.

 

"Memang saya juga sedih sebab beliau terpaksa pergi sampai peringkat ini, tetapi saya boleh faham sebab saya sendiri56 tahun bergelumang dengan Umno, 56 tahun saya jadi ahli Umno dan pegang jawatan dalam Umno. 10 tahun dalam exco pemuda Umno, 26 tahun majlis tertinggi Umno, 30 tahun jadi ahli parlimen, tetapi mengapa saya keluar?

 

"Saya keluar sebab orang cabar, sebab saya tidak bersetuju dengan amalan politik wang.

 

"Jadi saya boleh faham mungkin ada sesuatu Tun Dr Mahathir rasa terlalu kecewa sehingga dia sanggup buat begitu," ujarnya.

 

 

 

Read 264 times Last modified on Sunday, 20 March 2016 18:58