Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaProjek Rumah Selangorku bukti kerajaan negeri tidak abaikan kawasan luar bandar
29
February

Projek Rumah Selangorku bukti kerajaan negeri tidak abaikan kawasan luar bandar

Written by 
Published in Semasa

Projek perumahan Rumah Selangorku di Taman Air Manis Perdana melibatkan 260 unit rumah mampu milik yang dibangunkan kerajaan Negeri Selangor bukti bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kawasan luar bandar.

 

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad projek tersebut dibangunkan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) tanpa usaha sama mana-mana pihak.

 

"Projek ini terdiri dari 260 unit Rumah Selangorku dari RM100,000 sehingga RM250,000 sebuah R&R (Kawasan Rehat dan Rawat) dengan 10 buah gerai, satu stesyen minyak, 67 unit kedai, rumah teres dan rumah bandar.

 

"Projek ini apabila siap akan menjadi pembangunan yang penting di daerah Sabak Bernam kerana kedudukannya di sebelah Lebuhraya Pantai Barat atau West Coast Expressway (WCE) yang bakal dibina," katanya dalam satu kenyataan kepada Merahkuning.com

 

Iskandar pada 27 Februari lalu melakukan lawatan ke tapak projek perumahan tersebut bersama Adun Sabak, Sallehen Mukhyi.

 

Buat masa ini kerja-kerja pembersihan tanah, mengukur ketumpatan dan meratakan tanah sedang dijalankan.

Projek Rumah Selangorku dijangka siap pada bulan Disember 2018.

Read 949 times