Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaWarga asing cambah masalah sosial
29
February

Warga asing cambah masalah sosial

Written by 
Published in Semasa

Usaha kerajaan membawa masuk pekerja asing ke negara ini akan menyebabkan masalah sosial bertambah meruncing, demikian menurut veteran PAS, Subky Latif.

Terutama sekali katanya, apabila mereka hadir tanpa keluarga di sisi lebih-lebih lagi bagi yang sudah berumah tangga.

 

Beliau berkata demikian sebagai merungkai permasalahan kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh yang ditangguhkan oleh kerajaan.

 

Tegasnya, kemasukan mereka sebenarnya tidaklah membantu untuk menyelasaikan pengangguran di negara ini.

 

"Gejala seperti zina, rogol, bahkan gay boleh merebak. Benar di sana ada seruan Nabi s.a.w supaya berpuasa, tetapi bagaimana yang sudah pernah merasai nikmat berumah tangga ini?

 

"Kisah di zaman Saidina Umar sepatutnya dijadikan rujukan. Beliau hanya menghadkan 4 bulan bagi setiap tenteranya berjauhan dari keluarga.

 

"Kemudian pasukan tersebut akan diganti dengan pasukan yang lain. Manakan tidak, kucing pun tidak boleh hidup sesama jantina," katanya pada program Seminar Penulisan PAS Negeri Selangor di Auditorium Muzium Shah Alam di sini 28 Februari.

 

Tegasnya, kerajaan wajib memikirkan suatu kaedah berpandukan ajaran Islam dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalah ini.

 

Antaranya ujar beliau, memberikan ketelusan dalam pengagihan skop kerja serta gaji yang minimum kepada bakal pekerja.

 

Sebaliknya ujar beliau, jika kerajaan tetap berkeras mahu membawa masuk warga asing ini, mungkin pihak berwajib perlu menetapkan syarat yang berpaksikan Islam.

 

"Adalah lebih baik kita membenarkan kemasukan warga asing yang menjaga solat daripada kita memberikan rakyat Malaysia yang tidak solat untuk bekerja.

 

"Ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat, malah mampu mengurangkan masalah sosial sedia ada. Syarat ini perlu ada ketegasan dalam menunaikan tanggung jawab sebagai khalifah Allah yang mendokong prinsip syariat Allah dalam setiap aspek kehidupan.

 

"Mudah-mudahan negara kita akan dilimpahi barakah dan menjadi 'baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur'," harapnya.

Read 781 times Last modified on Monday, 29 February 2016 17:41