Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPiala AFC: Selangor mulakan kempen dengan satu mata
24
February

Piala AFC: Selangor mulakan kempen dengan satu mata

Written by 
Published in Semasa

Pasukan Selangor memulakan kempen Piala AFC dengan sekadar mengutip satu mata pada pertemuan menentang pasukan Ceres La Salle FC dari Filipina selepas pasukan lawan menjaringkan gol penyamaan di minit-minit akhir perlawanan.

 

Pasukan bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan hampir-hampir pulang dengan tiga mata dalam perlawanan di gelanggang lawan sebelum penyerang pasukan Ceres La Salle FC, Adrian Gallardo menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-87.

 

Menurut Zainal Abidin, Selangor gagal mencipta lebih peluang gol berbanding pasukan tuan rumah mengakibat mereka gagal pulang dengan mata penuh.

 

"Pada perlawanan semalam, kami agak lambat menyesuaikan diri. Tetapi apabila ia berjaya dilakukan kami berjaya beraksi dengan baik dan menyamai rentak pasukan lawan," kata Zainal.

 

Tambah Zainal lagi, faktor kecederaan beberapa pemain menyebabkan pertukaran dilakukan sehingga mengakibatkan graf permainan menurun dan akhirnya dibolosi pada penghujung perlawanan.

 

Selangor bermula perlahan semalam apabila dibolosi seawal minit ke-18 hasil jaringan Stephan Schrock sebelum bangkit menyamakan kedudukan pada minit ker-34 jaringan Mauro Olivi.

 

Pemain tengah kreatif, Hafiz Kamal meletakkan Selangor di depan pada minit ke-59 melalui sepakan percuma menewaskan penjaga gawang pasukan tuan rumah.

 

Ceres La Salle FC seterusnya berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-87 hasil jaringan Adrian Gallardo.

Kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2 sehingga tamat perlawanan.

 

 

 

Read 425 times Last modified on Wednesday, 24 February 2016 19:00