Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPemandu van sekolah mati ditumbuk, hasrat akhiri zaman bujang tak kesampaian
04
February

Pemandu van sekolah mati ditumbuk, hasrat akhiri zaman bujang tak kesampaian

Written by 
Published in Semasa

 

 

 

Hasrat seorang pemandu bas sekolah untuk mengakhiri zaman bujang tidak kesampaian setelah mangsa maut akibat dibelasah seorang penganggur dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Udang, Klang, semalam.

Mangsa Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dipercayai bakal berkahwin pada 20 Februari maut setelah suspek pada pukul 7 malam yang berang ditumbuk mangsa tertinggal anak saudaranya yang pulang daripada sekolah agama.

 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, suspek yang terlalu bengang mengekori vang yang dipandu mangsa dengan sebuah motosikal sebelum meminta mangsa memberhentikan kenderaan.

 

"Sebaik van diberhentikan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri," kata beliau dipetik daripada laporan Sinar Harian online.

 

Menurutnya, mangsa kemudiannya meninggal dunia dalam van berkenaan.

 

"Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya," tambah Azman.

 

Sementara itu Mahkamah Majistret Klang hari ini membenarkan permohonan polis untuk mereman suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

 

Majistret Nor Asma Ahmad membenarkan lelaki berumur 29 tahun ini ditahan selama tujuh hari mulai hari ini.

 

Reman dibuat mengikut seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuikkan hukuman mati mandatori.

 

 

 

Read 985 times