Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaHarga petrol turun lagi
01
February

Harga petrol turun lagi

Written by 
Published in Semasa

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen berkuatkuasa tengah malam tadi.

 

Harga terbaru bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, Khairul Annuar Abdul Aziz.

Beliau dipetik berkata demikian dalam satu laporan oleh BERNAMA.

Manakala harga diesel pula turun 25 sen kepada RM1.35 seliter.

Penurun ini susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia sehingga kurang daripada 40 dolar US satu tong.

Read 311 times