Apa pula usaha Dato Mufti Perlis?

Written by  Roslan Shahir
Visi Jabatan Mufti Perlis berbunyi:
 
Beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam pengurusan fatwa dan pandangan hukum syarak, pengendalian urusan falak syarie dan sumber maklumat serta pengurusan hal ehwal Jabatan Mufti Perlis, demi memelihara kewibawaan syariat dan seterusnya menghayati ajaran Islam berteraskan kefahaman al Quran dan as Sunnah yang sebenarnya dalam seluruh aspek kehidupan bagi mencapai keredhaan Allah.
 
Bantulah agar visi itu dapat terlaksana jangan tinggal visi atas kertas sahaja.

Pindaan terhadap Akta 355 bermaksud mahu memperkasakan syariat. Kalau ia tidak sempurna sepatutnya Mufti beri cadangan bagaimana ia dapat disempurnakan.

Mufti sepatutnya turut ke hadapan menyokong inisiatif ini. Beri pabduan beri galakkan.

Tetapi apabila Mufti lebih ghairah mahu main politik. Rakyat bukan semakin menerima pencerahan tetapi semakin serabut dan kacau.

RUU 355 bukan hukum Tuhan .... baik apa pula usaha Mufti selana ini untuk menegakkan hukum Tuhan. 

Kalau usaha pihak lain semua dipandng serong dan dikritik. Apa pula usaha Dato Mufti?
Read 136 times