Bajet 2017 : Pandangan Saya

Written by  Nasrudin Hassan Tantawi

1. Bajet yang dibuat berasaskan perbelanjaan sehingga melebihi pendapatan adalah tidak baik untuk mendepani landskap ekonomi dan kewangan dalam negeri dan antarabangsa yang mencabar pada hari ini. 

2. Sepatutnya ia dibuat berasaskan pendapatan agar lebih berdaya tahan dan berdaya saing. 

 

3. Defisit berjumlah RM41.1 bilion ini adalah 18.7% daripada pendapatan dan merupakan tahun ke-20 berturut-turut defisit sejak 1998.

 

4. Bukan subsidi menyebabkan ketirisan, tetapi rasuah dan salah lakulah yang menyebabkan ketirisan berlaku.

 

5. Perlu ada suatu majlis hisbah bajet negara yang akan memantau perjalanan sepanjang kerajaan menggunakan wang seperti yang dibentang. Bukan sahaja memantau daripada berlaku rasuah, salah laku, tetapi juga masalah ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan. Majlis ini bersifat complement kpd Jab Audit Negara.

 

6. Golongan B40 perlu ditangani secara lebih berfokus. Kerana menangani golongan miskin, miskin tegar tidak sama dengan golongan kemiskinan relatif. Begitu juga lapisan lain yg ada di dalam golongan B40.

 

7. Bagi kelompok Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEs) tidak cukup sekadar pemberian funding, ia perlu disusuli dengan sistem coaching dalam marketing plan, managing business dan sebagainya supaya daya saing SMEs sehingga ke peringkat yg lebih tinggi.

 

8. Tidak nampak secara jelas apa perancangan kerajaan terhadap pembangunan human capital dalam bidang pendidikan.

 

9. Kerajaan selayaknya kembalikan pembiayaan tetap perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat yang dirampas oleh Tun Dr Mahathir pada zaman pemerintahannya. Bukan hanya terpilih kepada sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.

 

10. Bajet 2017 dicemari dengan elemen kempen dan promosi parti yang berlebihan sedang bajet ini adalah belanjawan negara atau kerajaan bukan belanjawan parti yang memerintah.

 

Sekian.

Read 148 times Last modified on Wednesday, 26 October 2016 22:27