1. Hanya kerana hendak mencari dalih dan alasan menolak pindaan Akta 355, PAN sanggup memfitnah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Kononnya, Almarhum telah menolak pindaan Akta 355 ini pada tahun 1984.
Fitnah ini mula disebar menjelang persidangan Parlimen pada Oktober tahun lepas lagi. Ia dikarang oleh si Peguam Zul 7 Undi yang berada dalam DAP sekarang. 
Kemudian, ia diulang sebar oleh sekalian juak PAN demi mempertahan pendirian mereka menentang RUU 355.

Akar umbi PAS mana pula ni?

Written by
Read 118 times

Akar umbi PAS Selangor sebagaimana di negeri-negeri lain bergerak melalui hiraki cawangan-cawangan, kawasan dan negeri selain dewan-dewan ulamak, pemuda dan muslimat.

1. Hairan lagi pelik apabila Dr MAZA berterusan mendendangkan kisah lama "Amanat Haji Hadi" sebagai dalihnya dalam menyatakan pendirian mengenai pindaan Akta 355.Dalam artikel terbarunya di FB semalam, Dr MAZA menyebut mengenai PAS mengkafirkan pihak yang berbeza dengannya. Benarkah tuduhan itu?

Membaca pelbagai komentar yang diberikan ke atas ucapan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) di dalam Forum Angkatan Amanah Merdeka Malaysia bertajuk “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” yang dilangsungkan di Dewan Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pada 12 Februari 2017, saya teringat pula ucapan sama Dr MAZA di dalam Wacana Sinar Harian bertajuk “Hudud: Bersediakah Kita” yang dilangsungkan di Shah Alam, Selangor, pada 7 Mei 2014 yang menekankan tentang permasalahan-permasalahan yang menyeliputi perlaksanaan hudud, khususnya tentang dakwaan kegagalan perlaksanaan hudud di beberapa buah negara Islam sehingga menyebabkan permasalahan-permasalahan yang ditimbulkan oleh beliau itu digunakan oleh seorang lagi panelis, Datuk Dr Wee Ka Siong, sebagai alasan untuk menolak hudud.

Page 1 of 28