Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
07
April

Rojak Cendol Shah Alam

Written by 

Keinginan untuk menikmati cendol begitu sinonim dengan cuaca yang panas, yang kita (rakyat Malaysia) tengah alami. Pastinya anda tidak melepaskan peluang menikmati keenakan cendol ini.

Pada kali ini, krew Merahkuning.com akan membawa anda menikmati kenakan Rojak Cendol Shah Alam. Bersempena dengan musim durian, cendol durian menjadi sajian utama di kedai ini.

 

Harga yang diberikan sangat berpatutan kerana mereka menggunakan durian yang berkualaiti. Merahkuning.com mencuba merasai cendol aiskrim durian honey star. Rasanya boleh tahan, pastinya cuba sekali hendak lagi.

Selain daripada menu khas durian ini, kedai ini turut menjual pelbagai jenis cendol moden seperti cendol kismis, coklat , mashmallow dan sebagainya.

 

 

Kedai yang terletak di Medan Selera Delima Seksyen 24 ini juga menjual pelbagai jenis rojak seperti rojak buah, tauhu bakar dan sotong kangkung. 

Bagi peminat tegar durian, jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba cendol ini. Sejujurnya, Merahkuning.com terpaksa tunggu agak lama kerana tempahan daripada pelanggan lain dan penyediaan cendol yang agak rumit.

 

Secara keseluruhan, Merahkuning.com memberi skor 8/10 kepada Restoran Rayyan Burger Bakar. Kepada warga Shah Alam dan Selangor, anda patut cuba menikmati hidangan di kedai ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

 

https://www.google.com/maps?newwindow=1&q=medan+selera+delima+seksyen+24&um=1&ie=UTF-8&sa=X&ved=0ahUKEwju4amryPzLAhXKto4KHYkDBZoQ_AUIBygB

 

 

 

Read 2352 times Last modified on Thursday, 07 April 2016 21:03
Rate this item
(1 Vote)

Makan-Makan Selangor

Sajian Ikan Bakar Segar Bangi

Sajian tengah hari berlaukkan ikan bakar merupakan hidangan kegemaran ramai tak kira peringkat umur dan resepi yang popular adalah sos

Read More

Cendol Bakar Kuala Selangor

Lama sudah Merahkuning.com tidak berkongsi tempat menarik diSelangor ini. Pada kali ini Merahkuning.com akan membawa anda ke kuala Selangor. Kalau

Read More

Air kelapa baldi keistimewaan Warung Kita

Makan-makan minggu ini berkesempatan singgah di Warung Kita yang terletak di Bandar Baru Bukit Raja, Klang. Dari komen yang kami

Read More

Rojak Cendol Shah Alam

Keinginan untuk menikmati cendol begitu sinonim dengan cuaca yang panas, yang kita (rakyat Malaysia) tengah alami. Pastinya anda tidak melepaskan

Read More

Rayyan Burger Bakar

Destinasi makan-makan pada kali ini, Merahkuning.com akan membawa anda merasai western food di Rayyan Burger Bakar. Restoran ini terletak di

Read More
  • 1