Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
15
March

Rayyan Burger Bakar

Written by 

 Destinasi makan-makan pada kali ini, Merahkuning.com akan membawa anda merasai western food di Rayyan Burger Bakar. Restoran ini terletak di Dataran Automobil ,Jalan Pahat J 15/J,Seksyen 15, Shah Alam, Selangor 40200. Pada pemerhatian awal, restoran ini sangat bersih dan selesa dengan dekorasi dalaman kedai sangat menarik walaupun agak ringkas. Suasana kedai amat memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang berkeluarga atau dalam kelompok yang ramai.

 

 

Pada mulanya agak pening untuk krew Merahkuning.com membuat pilihan makanan yang pelbagai dan nampak lazat semuanya.  Antara menu yang menarik di restoran ini ialah Burger Bakar. Restoran ini juga ada jual Nasi Ayam. Ayam yang digunakan adalah ayam bakar tau. Bukannya digoreng. Memang spesial sungguh. Krew Merahkuning.com memilih untuk merasai keenakan makan ini.

 

 

 

Harga yang ditawarkan untuk setiap makanan adalah berpatutan. Rugi rasanya anda tidak mencubanya.Antara pencuci mulut di restoran ini ialah Banana Split dan Aiskrim Mud Pie.

 

 

 

Dari aspek servis dan penyediaan makanan Merahkuning.com berpendapat layanan yang diberikan agak baik. Pelanggan dilayani oleh jejaka –jejaka yang murah dengan senyuman dan servis sangat pantas. Di sini ada juga kemudahan surau disediakan untuk pelanggan muslim menunaikan solat.

 

Secara keseluruhan, Merahkuning.com memberi skor 8/10 kepada Restoran Rayyan Burger Bakar. Kepada warga Shah Alam dan Selangor, anda patut cuba menikmati hidangan di restoran ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Meh sini saya nak bagi info alamat dan nombor telefon restoran ni. Kot-kot ada yang mengidam nak makan burger bakar ni....

 

 

Rayyan Burger Bakar

 

No 386, Jalan Pahat J 15/J

Kompleks Otomobil

Seksyen 15, Shah Alam

 Tel: 03-55244585

 

Buka: 10.30 pagi - 12.00 malam

Jumaat: 3.00 petang - 12.00 malam

 

Isnin tutup

 

https://www.google.com/maps/place/Rayyan+Burger+Bakar/@3.065071,101.5239373,17z/data=!3m1!4b1!4m2!3m1!1s0x31cc4d7d4a3effd9:0x429450de33c982d3

 

 

 

 

 

 

Restoran ni juga ada jual Nasi Ayam. Ayam yang digunakan adalah ayam bakar tau. Bukannya digoreng. Memang spesial sungguh

Read 665 times Last modified on Wednesday, 16 March 2016 12:24
Rate this item
(0 votes)

Makan-Makan Selangor

Sajian Ikan Bakar Segar Bangi

Sajian tengah hari berlaukkan ikan bakar merupakan hidangan kegemaran ramai tak kira peringkat umur dan resepi yang popular adalah sos

Read More

Cendol Bakar Kuala Selangor

Lama sudah Merahkuning.com tidak berkongsi tempat menarik diSelangor ini. Pada kali ini Merahkuning.com akan membawa anda ke kuala Selangor. Kalau

Read More

Air kelapa baldi keistimewaan Warung Kita

Makan-makan minggu ini berkesempatan singgah di Warung Kita yang terletak di Bandar Baru Bukit Raja, Klang. Dari komen yang kami

Read More

Rojak Cendol Shah Alam

Keinginan untuk menikmati cendol begitu sinonim dengan cuaca yang panas, yang kita (rakyat Malaysia) tengah alami. Pastinya anda tidak melepaskan

Read More

Rayyan Burger Bakar

Destinasi makan-makan pada kali ini, Merahkuning.com akan membawa anda merasai western food di Rayyan Burger Bakar. Restoran ini terletak di

Read More
  • 1