Gambar shana-alhana.blogspot. Gambar shana-alhana.blogspot.
06
November

Bangi - Lubuk Fesyen Muslimah Moden

Written by  MerahKuning
Published in Jalan-jalan Selangor
Populariti trend jubah dan hijab dengan gaya kontemporari ada pengikutnya yang tersendiri hingga pasaran berdasarkan perniagaan ini semakin 'menggila' dikalangan anak muda. Trend ini mempelawa ribuan anak tempatan menceburi bidang perniagaan berasaskan konsep pakaian patuh syarak hingga saingan peniaga semakin rancak. Hasilnya, pelanggan ada ribuan pilihan.
 
Bandar Baru Bangi yang boleh dianggap sebagai ‘lubuk Muslimah moden' ini adalah destinasi wajib bagi para penggemar fesyen Islamik. Kenapa 'lubuk Muslimah moden? Kerana adanya ratusan kedai dengan pelbagai konsep dan tema berteraskan syarak ’bersepah’ di Bangi Sentral Pusat Bandar, Seksyen 9. 
 
Dari jenama terkemuka hingga produk kecil-kecilan berjiran antara satu sama lain  di sini.
 
Jarak antara kedai seperti di dalam shoping kompleks, ada kedai bersaiz kecil, sederhana dan besar. Pergerakan untuk para pengunjung pun selesa dan mudah kerana penstrukturan bangunan di sini banyak memberi ruang kepada orang ramai. 
 
Jika dahulu bila menjelangnya musim raya Aidilfitri, orang ramai akan berpusu-pusu ke Kamdar, Gulatis, Jakel dan sebagainya, tetapi sekarang anak muda lebih selesa menggayakan jubah dan hijab moden. Justeru, Bangi adalah destinasi kegemaran bagi para penggemar fesyen yang patuh syarak ini, meletakkan bandar ini sebaris dengan kawasan-kawasan lain yang popular dengan produk mereka yang tersendiri.
 
Lokasi kawasannya yang strategik iaitu terletak berhampiran dengan KLIA dan Kuala Lumpur memudahkan lagi rancangan perjalanan orang ramai.  
 
Tidak keterlaluan jika dikatakan Bangi Sentral ini sudah menjadi pusat utama orang ramai dari seluruh Malaysia untuk membeli jubah dan tudung. itulah keunikan yang tidak ada di bandar lain, seperti Jalan TAR, Nilai, atau Shah Alam yang setiap bandar ini dikenali oleh apa yang 'laris' di sana. 
 
Memang menarik kerancakan saingan diantara para pengusaha pakaian jubah khususnya produk yang mensasarkan pelanggan wanita dengan masing-masing mempunyai tema tersendiri. Malah, boleh dikatakan fesyen ala ‘hipster’ menjadi tarikan utama syarikat-syarikat jubah di sini.
 
Selalunya kaum wanita adalah majoriti pengunjung di sini sebab kebanyakkan kedai menjual tudung atau jubah wanita, kalau luangkan masa seharian pun tak kan sempat untuk lawat semua kedai jubah di sini. 

 

Disinilah 'medan perang' sebenar para peniaga setelah masing-masing melaksana strategi pemasaran samada Online atau Offline.

 

Pelanggan boleh pastikan sendiri kualiti yang dicanangkan ketika syarikat mempromosi jubah melalui iklan online adakah setanding dengan keadaan sebenar. Itu antara kelebihan para pengunjung kerana banyak butik-butik Muslimah terkenal menyewa lot kedai di sini seperti Bella Ammara, Pudore, Sugarscarft, Minaz, MMbasic, Zawara, dan berlambak lagi lengkap berkampung di Bangi.

 

Hadapkan muka ke kiri dan kanan pasti ada sahaja banner atau poster promosi jubah tergantung di merata tempat. Pelanggan bukan sahaja boleh tersenyum lebar kerana rambang mata, bahkan mungkin boleh jadi sukar membuat keputusan sebab terlalu banyak 'style' yang sesuai untuk gaya mereka. 

 
Kelebihan berkunjung ke sini adalah pembeli tidak perlu pening-pening memikirkan mahu ke tempat lain, kerana semua fesyen terbaru samada dari koleksi hijab atau jubah pasti ada di sini. 
 
Walaupun jubah adalah pakaian tradisional orang Arab, namun jubah kegemaran masyarakat Malaysia sedikit berbeza terutamanya dari segi pemilihan kain, corak dan potongan jubah. Sekiranya anda berkunjung ke sini ianya akan lebih jelas kelihatan.
 
Anda boleh saksikan sendiri kreativiti anak-anak tempatan terutamanya dari golongan Melayu bersaing melalui perniagaan secara profesional. Bagi mereka yang mempunyai persepsi bahawa jubah sukar digayakan pasti akan merubah fikiran apabila memegang sendiri produk hasil tangan orang kita. 
 
Lebih menarik lagi adalah kebanyakkan syarikat di sini diasaskan dan dimiliki oleh kaum wanita. Ketika dunia barat menuduh Islam menindas wanita kerana banyaknya negara-negara Arab yang menafikan hak-hak wanita, kita membuktikan wanita Muslim Melayu bebas berdikari mengasaskan perniagaan sehingga ada yang sudah bergelar jutawan. Pasaran yang dimonopoli oleh pengusaha wanita Muslim tempatan ini membuktikan kredibiliti mereka bersaing secara profesional serta menyumbang kepada ekonomi negara.
 
Jadi tak hairanlah kaum wanita yang akan beriya-iya memenuhi kedai-kedai di sini. Tetapi untuk orang lelaki juga ada banyak kedai yang menjual jubah lelaki dengan gaya terkini. Tak seperti jubah lelaki Arab yang lebih suka corak putih kosong, jubah di sini lebih payah untuk dipilih kerana banyak ‘style’ yang ada di sini tapi memang tak ada di tempat lain. 
 
 
 
Kalau datang sewaktu cuti panjang atau menjelang musim perayaan aidilfitri, Bangi akan jem dengan kemasukan orang dari seluruh pelusuk negara dan pastinya Jalan Medan akan menghadapi jem paling teruk sebab disinilah terletaknya kedai-kedai tersebut. 
 
Walaupun lot parking ada disediakan namun kehadiran orang ramai akan menyebabkan parking sentiasa penuh sewaktu ‘peak hour’. Senario menarik seperti kaum wanita akan sibuk keluar masuk kedai sambil membeli pakaian baru, para lelaki pula ramai yang menunggu dalam kereta bermain telefon, sebabnya... kekurangan parking.
 
Jadi bersiap sedialah untuk merancang perjalanan sekiranya mahu singgah ke sini.
 
 
 
 
Read 1949 times Last modified on Monday, 07 November 2016 02:26

Jalan-Jalan Selangor

Air Terjun Hutan Lipur Kanching

Segmen jalan Selangor minggu ini Merahkuning.com menjejaki Air terjun Kanching yang terletak di Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor . Hutan ini

Read More

Air Terjun Sungai Gabai

Satu lagi tempat menarik untuk berhujung minggu bersama keluarga. Merahkuning berkesempatan berkelah di Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat pada

Read More

Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam atau lebih mesra dikenali sebagai Taman Bukit Cerakah ini terletak 15 minit daripada Pusat Bandar

Read More

Taman Tasik Shah Alam

Bandar Shah Alam mempunyai pelbagai tempat rekreasi yang menarik. Walaupun dikelilingi bangunan tinggi dan dicemari dengan hiruk pikuk kenderaan yang

Read More

Bangi - Lubuk Fesyen Muslimah Moden

Populariti trend jubah dan hijab dengan gaya kontemporari ada pengikutnya yang tersendiri hingga pasaran berdasarkan perniagaan ini semakin 'menggila' dikalangan
Read More
  • 1