04
December

Air Terjun Hutan Lipur Kanching

Written by 
Published in Jalan-jalan Selangor

Segmen jalan Selangor minggu ini Merahkuning.com menjejaki Air terjun Kanching yang terletak di Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor . Hutan ini diuruskan sepenuhnya oleh  Jabatan Perhutanan Selangor. Air terjun ini menjadi tempat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga setelah penat bekerja. Berjalan-jalan sambil menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan-NYA pastinya akan menghilangkan seketika kepenatan hiruk pikuk kota raya. 

 

 

Persekitaran yang bersih dan kemas menjadikan ia salah satu tempat pilihan untuk pengunjung lain. Rata-rata pengunjung adalah pelancong luar negara, mereka cukup gembira menikmati keindahan alam bersama keluarga. Petugas-petugas hutan lipur sentiasa cakna dengan persekitaran hutan lipur ,tong-tong sampah disediakan di semua tempat supaya memudahkan pengunjung membuang sampah .

 

Air Terjun yang terletak diantara Selayang dan Rawang ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau,restoran, tandas yang bersih dan tempat perkhemahan. Destinasi air terjun ini amat sesuai untuk berkelah bersama anak-anak kecil. Permukaan air terjun serta kemudahan yang ada sesuai sebagai destinasi anda untuk berkelah dihujung minggu.

 

 

Selain itu, Air terjun Kanching mempunyai tujuh tingkat air terjun. Bagi pencinta alam sekitar dan penggemar aktiviti lasak, anda boleh mencuba untuk mendaki ke puncak tertinggi untuk menikmati pemandangan yang indah disamping merasai kesejukan airnya yang pasti menyegarkan. Pemandangan di setiap tingkat ini begitu cantik , deruan air terjun , keriuhan dan kecantikan flora dan fauna begitu memukau para pengunjung. 

 

Pengunjung dinasihatkan untuk berhati-hati kerana permukaan anak tangga yang licin semasa mendaki. Pengunjung juga dinasihatkan untuk menjaga barangan peribadi kerana ada banyak monyet-monyet liar yang memerhati gelagat anda.

 

 

Anda boleh mengakses ke air terjun ini dengan menaiki kereta dan kemudahan awam yang lain kerana kedudukan pintu masuk  air terjun ini di jalan utama menuju ke Ipoh. Bagi mereka yang meminati aktiviti mencabar, terdapat juga trail untuk trekking . Walaupun tidak mencabar seperti di trek lain,tetapi cukup untuk menghilangkan gian.

Merahkuning.com begitu teruja dengan keindahan air terjun ini dan pastinya berazam untuk berkunjung lagi ke tempat ini. Bagi pengunjung yang berhasrat ingin mengunjungi tempat ini, anda boleh mengakses laluan menggunaan koordinat GPS ini E101037.19’ N3018.13’. 

Read 1655 times Last modified on Sunday, 06 December 2015 01:33

Jalan-Jalan Selangor

Air Terjun Hutan Lipur Kanching

Segmen jalan Selangor minggu ini Merahkuning.com menjejaki Air terjun Kanching yang terletak di Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor . Hutan ini

Read More

Air Terjun Sungai Gabai

Satu lagi tempat menarik untuk berhujung minggu bersama keluarga. Merahkuning berkesempatan berkelah di Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat pada

Read More

Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam atau lebih mesra dikenali sebagai Taman Bukit Cerakah ini terletak 15 minit daripada Pusat Bandar

Read More

Taman Tasik Shah Alam

Bandar Shah Alam mempunyai pelbagai tempat rekreasi yang menarik. Walaupun dikelilingi bangunan tinggi dan dicemari dengan hiruk pikuk kenderaan yang

Read More

Bangi - Lubuk Fesyen Muslimah Moden

Populariti trend jubah dan hijab dengan gaya kontemporari ada pengikutnya yang tersendiri hingga pasaran berdasarkan perniagaan ini semakin 'menggila' dikalangan
Read More
  • 1