Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
07
August

Taman Tasik Shah Alam

Written by 
Published in Jalan-jalan Selangor

Bandar Shah Alam mempunyai pelbagai tempat rekreasi yang menarik. Walaupun dikelilingi bangunan tinggi dan dicemari dengan hiruk pikuk kenderaan yang tak pernah putus, bandaraya Shah Alam terkenal dengan tarikan tasiknya. Taman Tasik Shah Alam terdapat landskap yang indah dan menghijau, kawasan seluas 43 hektar ini turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan burung undan, sememangnya ketenangan boleh didapati di Taman Tasik Shah Alam. Tasik Shah Alam ni berdekatan dengan bangunan PKNS, dan selalunya jadi port budak2 UiTM dan UniSEL.

 

Tinjauan Merahkuning.com ke tasik ini mendapati iainya sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga pada hujung minggu. Antara kemudahan yang ada di tasik ni ialah trek jogging, restoran dan kafe, taman permainan kanak-kanak, kawasan rehat dan tempat parkir kereta dan motosikal. Suasana di sini memang damai dan menenangkan...sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan di kota Shah Alam.

 

 

Bagi yang gemar berkayak, anda boleh juga berkayak di sini dengan kadar bayaran mengikut masa. Kalau tak mahu berkayak dan inginkan suasana yang lebih romantik, boleh pilih untuk menaiki bot itik..alah yang kayuh2 tu.. :)

 

 

Kat situ bukan ada kayak ngan canoe jer, ada macam² lagi. Macam dalam gambar ni. Memang best. Kalau tak de aktiviti weekend ni, bley terjah Taman Tasik Shah Alam dan join aktiviti yang dikendalikan oleh [Antan Batura Watersports] nih. Harga pon rasanya masih berpatutan. Sekadar peringantan. Kalau nak berkayak atau ber canoe, jangan lupan bawak baju/seluar lebih. Takut lencun plak nanti. Kalau dah expert tak per kot. Kalau baru 1st time main, better bawak .

 

Seperkara lagi, Taman Tasik Seksyen 2 ini menempatkan Taman Tema Air Shah Alam, satu lagi tarikan orang Shah Alam. Bagi sesiapa yang menggemari aktiviti mandi manda boleh singgah tempat ini. Kedudukan Tasik ini berdekatan dengan pusat Bandar Shah Alam,amat mudah sekiranya anda ingin mencarinya. Disini disertakan sekali lokasi Tasik ini:

 

https://www.google.com/maps/dir/''/lokasi+taman+tasik+shah+alam/@3.0729277,101.4437994,12z/data=!3m1!4b1!4m8!4m7!1m0!1m5!1m1!1s0x31cc5287d0a5f659:0x721154e1af0a6bf6!2m2!1d101.51384!2d3.07293

Read 2634 times

Jalan-Jalan Selangor

Air Terjun Hutan Lipur Kanching

Segmen jalan Selangor minggu ini Merahkuning.com menjejaki Air terjun Kanching yang terletak di Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor . Hutan ini

Read More

Air Terjun Sungai Gabai

Satu lagi tempat menarik untuk berhujung minggu bersama keluarga. Merahkuning berkesempatan berkelah di Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat pada

Read More

Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam atau lebih mesra dikenali sebagai Taman Bukit Cerakah ini terletak 15 minit daripada Pusat Bandar

Read More

Taman Tasik Shah Alam

Bandar Shah Alam mempunyai pelbagai tempat rekreasi yang menarik. Walaupun dikelilingi bangunan tinggi dan dicemari dengan hiruk pikuk kenderaan yang

Read More

Bangi - Lubuk Fesyen Muslimah Moden

Populariti trend jubah dan hijab dengan gaya kontemporari ada pengikutnya yang tersendiri hingga pasaran berdasarkan perniagaan ini semakin 'menggila' dikalangan
Read More
  • 1