Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
16
March

Taman Botani Shah Alam

Written by 
Published in Jalan-jalan Selangor

Taman Botani Negara Shah Alam atau lebih mesra dikenali sebagai Taman Bukit Cerakah ini terletak 15 minit daripada Pusat Bandar Shah Alam. Kedudukannya yang strategik memudahkan pengunjung untuk bertandang. Taman Botani adalah tempat pilihan utama warga Shah Alam untuk memenuhi masa lapang pada hujung minggu. Bayaran masuk ke taman ini ialah untuk orang dewasa Rm 3.00 dan bagi kanak-kanak Rm1.00. Sangat berpatutan.

 

Merahkuning.com tidak melepaskan merasai keseronokan beraktiviti di sini. Taman ini mengekalkan ekosistem semulajadi alam, keseimbangan flora dan fauna dipelihara dengan rapi. Antara kemudahan asas yang disediakan di taman ini ialah kemudahan tempat parking yang luas, surau,gerai makanan,wakaf dan tandas . Keluasan taman ini meliputi 865 hektar dan menawarkan pelbagai tempat menarik didalamnya. Pastinya anda tidak mampu menerokai taman ini dalam satu hari. Jangan bimbang, kemudahan bas ada disediakan.

 

 

Dengan adanya kemudahan bas ini, anda dapat meneroka semua tempat dalam taman ini. Selain perkhidmatan bas, perkhidmatan basikal juga disediakan. Terpulang pada selera anda, ramai juga pengunjung yang gemar berjalan kaki.


Pelbagai tarikan menarik disediakan seperti Taman Haiwan, Taman Hiasan,Rumah Iklim, Taman Kaktus, Taman Padi dan sebagainya. Krew Merahkuning.com berpeluang melawat ke Taman Haiwan. Taman Haiwan ini menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti kuda, arnab, burung-burung dan rusa. Telatah haiwan-haiwan ini membuatkan hati riang .

 

 

Tidak ketinggalan juga untuk melawat ke Taman Orkid . Disini menempatkan pelbagai jenis orkid yang ditanam rapi disepanjang tempat pejalan kaki. 

 

Sekiranya anda ingin merasai suasana di sawah ,bolehlah berkunjung ke Taman Padi. Walaupun cuaca agak panas ketika itu, suasananya cukup menggambarkan suasa di kawasan sawah padi.

 

 

 

Memang sangat melelahkan berjalan kaki mengelilingi tempat di taman ini, kelelahan ini terubat apabila tiba di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Beberapa ketika menunggu giliran masuk, kesejukan terasa sehingga ke tulang. Orang ramai bersesak untuk merasai sendiri pengalaman bersalji di “luar negara”.

 

 

 

Sememangnya banyak lagi tempat menarik yang Krew Merahkuning.com tidak dapat lawati , tempatnya terlalu besar. Walaubagaimanapun, taman ini memang terbaik dan amatlah rugi sekiranya anda tidak merasainya sendiri.


Taman ini beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad (8.30 a.m-5.00p.m), Bagi yang berhasrat untuk mengetahui lanjut berkenaan taman ini ,bolehlah lawati laman web


http://www.tbnsa.gov.my.

 

Read 1073 times

Jalan-Jalan Selangor

Air Terjun Hutan Lipur Kanching

Segmen jalan Selangor minggu ini Merahkuning.com menjejaki Air terjun Kanching yang terletak di Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor . Hutan ini

Read More

Air Terjun Sungai Gabai

Satu lagi tempat menarik untuk berhujung minggu bersama keluarga. Merahkuning berkesempatan berkelah di Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat pada

Read More

Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam atau lebih mesra dikenali sebagai Taman Bukit Cerakah ini terletak 15 minit daripada Pusat Bandar

Read More

Taman Tasik Shah Alam

Bandar Shah Alam mempunyai pelbagai tempat rekreasi yang menarik. Walaupun dikelilingi bangunan tinggi dan dicemari dengan hiruk pikuk kenderaan yang

Read More

Bangi - Lubuk Fesyen Muslimah Moden

Populariti trend jubah dan hijab dengan gaya kontemporari ada pengikutnya yang tersendiri hingga pasaran berdasarkan perniagaan ini semakin 'menggila' dikalangan
Read More
  • 1